Saturday 27 February 2016

Upgrade Suzuki Fx125 to 150cc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pencinta dua roda..Baik hari ini saya ingin kongsikan modifikasi atau upgrade Suzuki Fx125 saya kepada 150cc. Ramai pengguna kapcai sangat tidak berpuas hati dengan power mesin kapcai mereka kerana sukar untuk memotong kenderaan berat dan memecut dalam keadaan mesin standard. Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh penunggang kapcai kerana mereka sentiasa di ambang kematian jika tidak berani dan bijak membuat keputusan semasa menunggang.

Oleh sebab itu, modifikasi atau upgrade cc amat dibutuhkan oleh penunggang kapcai.. kehkehkeh.. kita guna bahasa indon sikit yea..Tujuan modifikasi ini tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan daya pecutan dan power motor kapcai.. Hal ini sedikit sebanyak dapat memudahkan penunggang kapcai memotong kenderaan berat dan memecut dengan lebih selamat.

Baik, fokus entry hari ini ialah untuk berkongsi modifikasi atau upgrade cc Suzuki Fx125 saya dari 125cc ke 150cc. Modal yang agak besar amat diperlukan untuk modifikasi ini kerana terdapat 3 barang yang diperlukan iaitu :
1.Crankshaft Suzuki Fxr150
2.Camshaft Suzuki Fxr150
3.Blok saiz 62mm Suzuki Fxr150 ( 62mm je la.. tak mau dah fully modifikasi nih..tinggi risikonya )
nah..payung gambar sikit..


Tujuan saya menggunakan crankshaft Suzuki Fxr150 kerana pin piston Suzuki Fxr150 mempunyai saiz 16 berbanding saiz pin piston Suzuki Fx125 hanya mempunyai saiz 15 sahaja.. Jadi Suzuki Fx125 saya ini kelak boleh diupgrade kepada 160cc sehingga 180cc sekiranya nafsu kelajuan membuak-buak namun rasanya cukup la 150cc.. Sebab tujuan utama kegunaan Fx125cc ni ooppss.. dah jadi Fx150cc okay.. jangan main-main.. hehehehe.. tujuan utama kegunaan Fx150cc ni untuk pergi balik kerja dan kegunaan ride dalam bandar sahaja..

Mungkin ada pembaca tertanya dah alang-alang upgrade kenapa tak kacuk gearbox Suzuki Fxr150 ? Ye dak.. dah kacuk barang Fxr150 kan.. Alasannya saya mahu kapcai Fx150 ni sentiasa mempunyai banjaran gear yang tinggi kerana menggunakan gearbox 5 speed sahaja.

Kerja-kerja overhaul Suzuki Fx150 ini diuruskan oleh seorang pomen otai yang dirahsiakan identitinya kerana beliau seorang yang low profile.. hehehe..kalau berminat utk mendapatkan khidmatnya boleh contact saya.. Pada masa yang sama, saya turut mendapat tunjuk ajar daripada beliau cara-cara buka enjin dohc suzuki ni.. Alhamdulilah.. sebelum ni nak buka cover head pun tak berani takut salah pasang.. kehkehkeh.. sekarang nak buka head block dohc Fx150 ni dah boleh cuma masih memerlukan guide dari pomen..
Aaahh cerita je lebih..bosan pulak.. naaahhhhh laaaayyyyaaannn..
 Hehehe..setakat buka skru head ni peanut je...(padahal marking cam tak pandai buat lagi nak berlagak pulak.. )
 yang ni nak buka skru spoket depan guna mobile compressor.. sambung kat bateri kereta.. yela overhaul motor ni kat rumah pomen je.. jadi tools comprosser xada la..
 Orait bebeh.. dah turun enjin.. masa ni nak buka skru kat crankshaft tak boleh.. mobile compressor tak cukup power.. terpaksa serahkan pada pomen bawa pi bengkel...
 Gambar ni pomen dah siap pasang blok..
 Ni pomen siap tolong polish head kasi cun.. aduii segan dengan pomen sebab masa pasang enjin tak dapat tolong..( Head standard pekak je tu )

Siap je pomen pasangkan.. aku try bawa Fx150 ni.. fuuhhh memang mantoooppp.. kuasa tork amat terasa masa gear 1,2,3.. top belum try lagi la sebab kena pantang bawa bawah 90kmj dgn tak lebih 7000 rpm.. (Sabar2.. jangan gelojoh )...
Masalahnya jarum speedo dah tak berfungsi dengan meter rpm tak ada.. jadi main agak-agak je jangan over rev udah la..
Selepas ni modfikasi single phase wayering kepada 3 phase wayering dan meter digital Suzuki Fxr150 pada Suzuki Fx150 ni.. nantikan..


43 comments:

  1. Cam kenai ja port ni...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. aippp..siapakah anon ni ?
      ooo..abam Shaiful Anuar..
      kehkehkeh...biasa la.. Ni la satu-satunya port overhaul mesin dohc suzuki kat Kluang ni..
      memang rare..hehehehehe

      Delete
  2. Cam kenai ja port ni...kikiki

    ReplyDelete
  3. bro kalu x tukar crankshaf tu boleh ke.masuk terus block fxr150 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzuki fx125 kalau nak masuk terus blok fxr150 tak boleh.. sebab blok fxr150 guna pin piston saiz 16..memang kena tukar crankshaft juga..sebab pin piston suzuki fx125 guna pin piston saiz 15..kecuali bro Fairuz rebore blok asal suzuki fx125 kepada saiz 62mm..itu pun dah last lay untuk blok suzuki fx125.harap dapat pencerahan...hihihi

      Delete
    2. Bro mna nak cri 3brg kat tu brminat nak modified moto fx125 aku jga

      Delete
    3. barang yg mana bang ? blok fxr, crankshaft fxr, dgn camshaft fxr ke ? kalau bang nak.. cuba wassap nombor saya.. nanti saya add dalam group wassap fxr malaysia.. boleh tanya masalah dgn cari part..
      0134126539

      Delete
  4. Salam bro. Camshaft fxr 150 dgn cam belang beza tak? Profile dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkslm..cam fxr dgn cam belang mmg ada beza..pasal profile cam ni saya memang tak mahir...kena tanya otai lain...hehehe

      Delete
  5. Kos upah pasang berapa ye bang?brg dah ade nk tau kos upah pasang pomen je..maaf bertanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos upah rm100 ke bawah je tu...lebih kurang mcm tu la

      Delete
  6. Salam bro tumpang Tanya"
    Kalau nak masuk seketul terus injen fxr150 ke body fx125 boleh X? Tapak skru smua ngam atau x Sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...plug and play bang..

      Delete
    2. maaf bang...maklumat terbaharu.. enjin fxr nak masuk kat fx125 kena ubah sikit..batang sap gear fx125 kena pakai semula sebab batang sap gear fxr panjang...

      Delete
  7. Salam bro..nk tnye,kalau crankshaft fxr150 masok ke suzuki belang,ade beza pape x dri segi performance??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlklsm bang..xada beza dri performance pun..cuma dari segi ketahanan crankshaft lbih tahan..sebab tu ramai user fx125 dan belang suka pakai crank fxr

      Delete
    2. Salam tumpang tanya... Swing arm belang boleh masuk dkt fx125 tak.. 1 set siap dics brake dgn rim... Minta pencerahan... Whatsapp sy 0137277031

      Delete
    3. Wlkslm..blh je dgn syarat kena modi la bang... kalau nak plug and play swing arm rg...

      Delete
  8. Salam tuan tanah.. Case fx ngam2 ke dgn cranshaf fxr? Lg 1..camshaff np tukar fxr punya... Apa beza ngn cam fx?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkslm.. crank fx125 beza dengan crank fxr.. beza pada bearing bawah.. tapi kalau nak masuk crank fxr kat fx125 boleh je..pnp.. camshaft fxr duration dan lift dia lebih tinggi dari camshaft fx125.. jadi lebih power la camshaft fxr dari camshaft fx125... itu yang saya tahu la..

      Delete
    2. Ok.. T. Ksh tuan tanah..

      Delete
  9. Salam bang bengkel Kat area mana yang pasang Block 150 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu buat kat pomen.. sekarang dia dah menghilang..

      Delete
  10. Bang..salam tumpang tanya..eksoz belang R bole masuk ke ngan fx125 ?

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Boleh ke kita tambah lift cam belang
    ikot lift cam fxr tanpa tukar spring valve

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh.. ni soalan teknikal sangat tuan.. minta maaf memang bukan tahap saya nak jawap lift, angle, duration ni.. kena tanya pomen motor tuan..

      Delete
    2. Tiga ii barang tu harga brape ek. And harga utk pomen pasang tu brape?

      Delete
  12. Tiga ii barang tu, total harga brape ek. And upah utk pomen pasangkan tu brape.

    ReplyDelete
  13. Tiga ii barang tu harga brape ek. And upah utk pomen pasang tu brape.

    ReplyDelete
  14. Boleh ikut cam lift fxr tanpa tukar spring valve bro Shahir. Spring valve fxr lagi keras dan boleh mengelakkan daripada valve terapung pada rpm yg lebih tinggi (valve tak sempat nak tutup sebab spring lembut). Kalau tak main rpm atas 13k, tak perlu tukar spring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik tuan share info tentang valve spring.. biasanya owner main camshaft custom dan high cam memang digalakkan tuar valve spring racing..

      Delete
  15. Bos boleh cadang pomen dan kos buat enjin fx125 masuk barang fxr sbb sy dah baraikan enjin fx125 sy duk area raub

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area pahang boleh cari nama fb suzy akumie...dia boleh overhaul enjin suzuki dohc tuan...dia area jengka

      Delete
  16. Salam Bos, minta panduan dmana pomen sujuki Fx kt area Jb ni? & kedai spare part harga patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkslm tuan... boleh search nama fb asnol samjb... dia bekas pomen sc suzuki jb... atau cari nama fb nin monday... dia pomen belang...

      Delete
  17. Salam Bos mana Pomen sujuki fx yg bagus area JB ni & kedai spare part harga patut?
    Mohon panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkslm tuan...boleh search nama fb asnol samjb...dia bekas pomen sc suzuki... kedai spare yg ada part fx125 xing motor kat jalan kangkar tebrau...tapi harga keras la boss.

      Delete
  18. slm boss..nk tanya kenapa fx125 pakai full set gearbox fxr150 punya gear 6 tukar sendiri ke gear 5 sewaktu mto runing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiisshh...mesti setting gear ada tak betul tu tuan...kena hantar pomen yg overhaul tu semula...

      Delete