Saturday 26 March 2016

Modifikasi Mentol LED dan Kipas Radiator LC135 Pada Suzuki Fx125

Aslmkm dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan pencinta dua roda. Hari ini saya ingin berkongsikan modifikasi mentol led dan kipas@blower radiator lc135 pada Suzuki Fx125 saya. Tujuannya tidak lain tidak bukan kerana kesuraman sinaran mentol asal Suzuki Fx125 yang bisa mengundang malapetaka kepada saya semasa menunggang Suzuki Fx125 ini pada waktu pagi ke tempat kerja.

Manakan tidaknya, tempat kerja saya dikelilingi kawasan kelapa sawit dan pekan-pekan kecil yang tidak mempunyai lampu jalan. Jika hilang fokus, saya berpotensi besar untuk melanggar pakcik-pakcik tua yang menunggang motosikal tanpa lampu belakang, melanggar anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit, bahkan melanggar babi hutan!!!!..

Jadi, saya menanam hasrat untuk membuat modifikasi mentol led pada headlamp Suzuki Fx125 ini..
Mentol led ini dibeli daripada seorang penjual aksesori motosikal yang sangat dipercayai kualiti barang jualannya.. Mentol LED ini yang berwarna putih sudah dipasang terlebih dahulu pada Suzuki Fxr150 sejak setahun yang lepas. Kecerahan mentol LED ini sangat memuaskan berbanding mentol standard.

Ciri yang paling istimewa mentol LED ini ialah mempunyai kipas di belakang mentol untuk menyedut udara panas yang dihasilkan oleh mentol LED tersebut. Hasilnya, risiko head lamp dan reflector mentol untuk cair dapat dielakkan. Isu ini sering menghantui penunggang motosikal yang memasang mentol HID yang mempunyai suluhan lampu yang sangat terang akan tetapi boleh mengundang risiko housing lampu cair akibat suhu yang tinggi dan makan bateri motor itu sendiri.

Ini ialah sudut pandangan daripada tepi setelah mentol LED ini dipasang. Cuma kelemahan yang ada ialah kabel speedometer tidak dapat dipasang  dan jarum speedo tidak bergerak kerana mentol LED ini telah mengambil ruang yang ada. Hehehe tak kisah la, janji suluhan mentol terang ( Sebenarnya ada next projek untuk convert wayering 1 phase fx125 kepada wayering 3 phase fxr dan meter fxr.. nanntiikkkkkaannn yea entry tersebut )

Baik, modifikasi yang kedua ialah memasang kipas@blower lc135 pada cooler Suzuki Fx125. Mesti ramai yang bertanya kenapa ditambah kipas sedangkan mesin dohc Suzuki Fxr150 dan Fx125 terbukti dapat mengekalkan suhu yang optimum untuk enjin tanpa memerlukan kipas kan ???... Rasionalnya saya memasang kipas@blower ini  ialah saya bakal menaiktaraf kapasiti enjin Suzuki Fx125 ini daripada 125cc kepada 150cc!!!!... Sesuatu enjin yang dinaik taraf kuasa kudanya bakal menghasilkan haba yang lebih tinggi daripada haba yang dihasilkan dalam keadaan standard.

Sedikit ilmu modifikasi diperlukan untuk memasang kipas@blower ini. .( ceeiiitt..padahal pomen yang pasang..aku tinggal bawa je..kehkehkehkehkeh... )Cuma kelemahan setelah memasang kipas ini saya terpaksa membuka kipas ini terlebih dahulu jika ingin menukar plug motor.. adeehhh.... tu yang leceh.. 

Untuk memastikan modifikasi ini tidak menyebabkan bateri motor saya cepat kong, saya telah memasang suis on off agar dapat menjimatkan kuasa bateri. Kipas@blower ini hanya digunakan dalam keadaan menunggang di bawah kelajuan 90kmj dan di kawasan bandar kerana semasa kelajuan melebihi 90kmj, angin dari hadapan sudah cukup memadai untuk menyejukkan oil cooler Suzuki Fx125 ini.

Suis on off diletakan di tepi handle agar lebih tersorok dan tidak terkena air.







No comments:

Post a Comment