Monday 23 May 2016

Suzuki Fx125 :Convert Single Phase To Three Phase

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pencinta dua roda.. dah lama saya tidak menulis entry baru untuk blog ni.. hehehehe.. sekarang waktu exam fever di sekolah.. jadi tiada masa untuk mengemaskini blog ni..

Baik. hari ini saya ingin kongsikan proses kacuk wayering dan charging standart Suzuki Fx125 daripada Single Phase kepada Three Phase. Wayering 3 phase diambil daripada Suzuki Fxr150 untuk dipasang pada Suzuki Fx125.. Suzuki Fxr 150 dengan Suzuki Fx125 ni mempunyai persamaan yang banyak terutamanya dari aspek enjin.. Kiranya Suzuki Fxr 150 dengan Suzuki Fx125 ni dah macam adik beradik la.. hehehe "Twin DOHC Bikes From Suzuki "

Secara umumnya sistem wayering 3 phase ini memberikan charging bateri yang lebih cepat dan pengaliran arus elektrik yang lebih baik daripada 1 phase.. Contohnya mentol hadapan Suzuki Fxr150 tidak berkelip-kelip seperti mentol kebanyakan motor yang lain semasa enjin idling kerana elektrik yang memberikan suapan power kepada mentol adalah secara terus dari bateri, bukannya dari koil magnet seperti motor lain.. Kelebihan kedua wayering 3 phase ini menyokong sistem pengaliran elektrik yang lebih baik sekiranya sesuatu motosikal itu mempunyai pelbagai aksesori seperti mentol led dan air horn ( hon siput ) yang amat memerlukan tenaga elektrik yang kuat.  Itu je kot kelebihan wayering 3 phase yang saya tahu.. hehehe yang lain korang boleh google sendiri yea..

Haa..yang ni gambar meter Suzuki Fxr 150 yang siap dipasang pada Suzuki Fx125.. gambar ni yang menjadi azimat untuk saya kacuk wayering 3 phase dan meter Suzuki Fxr 150 kepada Suzuki Fx125.

( Kredit picture untuk Abam Indra Shahril dari facebook beliau )

Proses pertama ialah saya mesti menyediakan beberapa parts daripada Suzuki Fxr 150 untuk dipasang pada Suzuki Fx 125 iaitu :
1. 1 Set Wayering Harness Suzuki Fxr 150
2. Koil Magnet Suzuki Fxr 150
3. Magnet Suzuki Fxr 150
4. Katap @ Reticfier Suzuki Fxr 150
5.Sensor Speedo Meter Suzuki Fxr 150
6. Meter Full Digital Suzuki Fxr 150
7.Sensor Gear Suzuki Fxr 150
8. Rim Suzuki Fxr 150

Rasanya ada lagi 2,3 part fxr mcm relay lampu.. ntah yang tu pomen yang tambah.. saya sediakan senarai di atas je.. harga bagi part di atas pun dah menjangkau RM1500... wwwwoooowwww.. itu pun dh kira jimat sebab bercampur part yang baharu dan part second hand.. kikiki minat mengatasi segalanya. Bosan aahh tulis banyak-banyak ni.. payung gambar sikit


 Suzuki Fx125 sudah ditogelkan.. segala part Suzuki Fxr 150 dah ada dalam kotak tu..ready to 3 phase

Sebelah kiri koil magnet Suzuki Fx125 sebelah kanan koil magnet Suzuki Fxr 150.. Baru dan original tu.. rm290.. fuhhh barang ori sememangnya penting untuk part enjin bagi memastikan anda tidak termenung di tepi jalan raya.. kikiki



 Ni meter dh try pasang.. ok semua function..rpm, speedo, fuel gauge,tripmeter dan gear position.. Oooopppsss speedo tak function sebab sensor speedo Suzuki Fxr 150 tak boleh modi pada rim enkei Suzuki Fx125.. ( Jika boleh modi pun memerlukan diy yang banyak ) dah tanya otai-otai.. baru tahu sensor speedo meter Suzuki Fxr 150 hanya boleh masuk pada rim Yamaha 135lc dan Yamaha 125z.. ni buktinya

Sensor Speedo Meter Suzuki Fxr 150 dipasang pada rim Yamaha lc135 ( Motor Suzuki Fx 125 )

Haaa ni buktinya paling jelas sensor speedo meter Suzuki Fxr 150 boleh dipasang pada rim Yamaha Lc135..
( Kredit gambar kepada otai@abam Pali Green Fx )

Kesudahannya, saya terpaksa mencari rim baharu.. Target rim baharu itu ialah Rim Racing Boy SP522 Yamaha 125z.. Saiz rim depan 1.85/17, saiz rim belakang pula 2.50/17..memang sedap layan koner sebab tayar belakang boleh pasang yang besar dan lebar sikit.. fuhhhhh motor dh upgrade wayering sistem alang-alang upgrade sistem brek disc depan belakang.. kikikiki..
Nantikan entry Modify Rim Racing Boy SP522 Pada Suzuki Fx125.. chow dulu..










30 comments:

  1. Sy ada fxr150 tsadai, igt nk bikin blk. Mohon bantuan, mn nk cari kedai jual sparepart fxr ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cari spare part fxr150..boleh riki-riki kat facebook fxr,fx125,belang semalaya..kat situ banyak seller yg dipercayai seperti Tengku Erwin dan Sipitung.. sekadar menyebut beberapa nama.. sebab saya pernah berurusan dengan mereka.. seller yg selain daripada mereka kena selidik dulu sebelum berurusan.. kalau area key el.. boleh merujuk bengkel mohd syafie ( pie@raynorton motorsport ) dan bengkel kkmr.. memang bengkel paling top di sana.. paling senang search group facebook fxr,fx125,belang semalaya di facebook.. boleh tanya kat situ...

      Delete
  2. Sy ada fxr150 tsadai, igt nk bikin blk. Mohon bantuan, mn nk cari kedai jual sparepart fxr ni?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tak berapa senonoh ni..hehehehehehe
    kalau bro nak cari spare part, boleh tanya dalam group facebook fxr, fx125, belang malaya..
    dalam group tu ada beberapa trust seller seperti
    abam erwin, abam sipitung..
    kalau nak cari barang original.. tnya kat facebook tadi tentang en rosli suzuki..
    trust seller barang suzuki original..
    harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  4. Megnet 125 boleh pakai ke stator fxr

    ReplyDelete
  5. tak boleh bro.. stator atau koil magnet fxr mesti guna magnet fxr jugak..kalau tidak, current tidak akan terhasil..sebab fxr guna sistem 3phase.. fx125 guna single phase.. mtr saya ni magnet,koil magnet, wiring, meter, dan reticfier dah tukar 1 set kepada fxr

    ReplyDelete
  6. Nak tanya, wiring fxr dan belang sama tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama boss.. fxr sistem charging 3 phase.. belang single phase.. koil magnet, magnet dan reticfier pun tak sama belang dengan fxr..hanya beberapa part je sama..

      Delete
    2. Boleh saya tahu nak buat dekat mana? Wiring fxr, magnet coil fxr dah pasang. Tapi yang belah switch tu pening dah nak cantum mana ke mana.

      Delete
    3. saya buat dengan bengkel di kluang ni.. kalau area central boleh pegi bengkel raynorton motorsport, bengkel tr motor sport.. search je di fb boss.. boleh jumpa punya..wayar switch tu kena tengok wiring switch asal fxr150..tu yg pomen sini buat baru dia pasang wiring fxr kat fx125.. sebab tu motor saya pakai switch asal fx125 lagi walaupun guna wiring fxr..

      Delete
    4. memang susah nak kacuk wiring fxr ke switch fx125.. sebab tu user fx125 yg lain dorg potong switch asal fx125..pasang switch fxr.. agak tak cantik la sikit di situ sebab ada potong dan sambung..

      Delete
    5. Owh, sekarang ni pun tengah cuba nak kacuk wiring fxr dengan fx. Button starter ok, hon ok, signal pun ok cuma tang lampu tu dah pening sebab wayar lampu tu agak banyak. Boleh tak nak mintak wiring diagram switch Fxr ke fx. Hihihi

      Delete
    6. saya hantar bengkel je boss.. pomen yang buat.. huhuhuhu.. saya tahu bab teknikal je.. kalau praktikal memang hantar kat pomen.. kalau pandai buat enjin memang saya dah share dalam blog ni..

      Delete
  7. Tlng suggest, kt mn bole dapatkan fuel coil Fx 125 yg original.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. boleh cari fb nama rosli abu bakar noorley.. atau rozaimie mohd king atau faris rusli di fb.. mereka adalah penjual part suzuki yang dipercayai tuan

      Delete
  9. Bang camne nk wiring meter tu

    ReplyDelete
  10. Salam tuan.blok fxr blh rebore smpi saiz bpe.klu rebore tahan x dgn blok ceramic aftermarket.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksimum blok fxr rebore saiz 65mm tuan.. 66mm pun boleh tapi sleeve dah nipis tu.. resleeve ni biasanya lagi tahan.. tengok sleeve digunakan.. kalau sleeve besi biasa2 je la.. kalau nak betul tahan guna sleeve diesel.. blok seramik ni kelemahannya tak boleh rebore kalau calar..

      Delete
  11. Lg 1 part enjin ape yg blh sarung kt belang.sebab sy ada sebiji fxr igt nk sembelih part sarung kt belang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beberapa part sama macam blok.. ada part tak sama macam head, camshaft, crankshaft..

      Delete
  12. Salam tuan. Saya tgh buat kje convert wiring fx125 ke fxr. Nak tanya tentang speed sensor, boleh x pkai sensor belang (kat sproket dpn)? Sy tgok sensor belang 3 wayar, sama dgn sensor fxr 3 wayar. Tuan rasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan...speed sensor tak sama fxr dengan belang punya tuan.. apa pun saya tanya rakan2 dahulu.. nanti saya update sini

      Delete
  13. Satu lg tuan, boleh x wiring fxr tu masuk ke meter belang? Connector x sama, cuma klau pin2 tu swap ke connector belang, tuan rs cmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kerja yang sangat sukar tuan.. soket tak sama dan kena "baca" setiap fungsi wayar.. lebih mudah tuan guna meter fxr je atau tuan guna wiring belang

      Delete
  14. Kat mna boleh cari diode fxr150

    ReplyDelete
    Replies
    1. diod ? reticfire atau katap kan ? boleh pakai katap fzi150 v1 yg kepala burung tu atau katap suzuki vr125

      Delete