Sunday 21 August 2016

Suzuki Fx125 : Rim Racing Boy SP522

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca dan pencinta dua roda sekalian. Kesibukan dengan kerja  di sekolah telah membataskan masa saya untuk menulis mengenai entry ubah suai rim Racing Boy SP522 pada Suzuki Fx125. Tidak mengapalah.. saya harap entry ini dapat memuaskan hati pembaca sekalian.

Tujuan utama saya memilih rim RB SP522 ini ialah rim ini mempunyai saiz rim yang agak lebar iaitu rim hadapan saiz 17/1.85 dan saiz rim belakang 17/2.50.. Saiz ini sememangnya cukup untuk mengoptimumkan sentuhan tayar yang lebih luas di permukaan jalan raya berbanding rim Enkei Suzuki Fx125 yang asal. Semakin luas sentuhan tayar dengan permukaan jalan, semakin stabil sesuatu motosikal di jalan raya. Selain itu, berat rim Racing Boy ini lebih ringan berbanding rim asal Suzuki Fx125 yang diharap dapat membantu Suzuki Fx125 saya mencapai top speed yang lebih baik..hehehehehehe... Selain itu, penggunaan tayar bersaiz 100/70 yang berjenama Maxxis dapat membantu kestabilan semasa menunggang di lebuh raya dan  juga jalan raya biasa yang penuh dengan ranjau seperti lubang manhole serta keadaan jalan yang menggerutu.

Tambahan pula, rim Racing Boy SP522 ini cukup popular dalam kalangan pengguna motor kapchai kerana keteguhan, kecantikan, dan saiz rim yang cukup lebar bagi meningkatkan kestabilan semasa menunggang motor.. Senang cerita, penunggang yang berduit je menggunakan rim Racing Boy SP522 ni.. Mana tidaknya, harga yang perlu dibayar oleh saya ialah RM480 di sebuah bengkel motor di Kluang..wooowwwww...
Tapi, tak kisah lah.. janji dapat pakai juga rim Racing Boy SP522 ni...kekekekekeke.. di bawah kita payung gambar sikit..

Rim dah beli.. apa lagi..beli tayar la pulak... Tayar yang menjadi pilihan ialah tayar jenama Maxxis.. saiz tayar hadapan 80/90, manakala saiz tayar belakang 100/70.. Harga lebih kurang RM350..ppwweeeeehhhhhh...
Opppss harus diingatkan kepada penunggang Suzuki Fx125, saiz maksimum tayar belakang yang boleh dimuatkan hanyalah saiz 100 kerana swing arm Suzuki Fx125 yang agak kecil untuk menerima tayar yang bersaiz lebar.


Haaa...dah siap pasang tayar ni..huiii tak sabar weehh nak pasang rim ni...Rim Racing Boy SP522 ni asalnya untuk kegunaan rim Racing Boy untuk Yamaha 125z.. Jadi, ubahsuai pada sistem brek Suzuki Fx125 juga harus dilakukan iaitu penambahan sistem brek disc pada tayar belakang.. aahhhh sudaahhh.. misi mencari master pump brek belakang 125z, caliper, dan disc 125z.. Keputusan dibuat untuk menukar sekaligus hub spoket Yamaha 125z bagi memudahkan pertukaran spoket Yamaha 125z yang lebih mudah didapati di bengkel-bengkel berbanding spoket Suzuki Fx125.

Harga yang saya dapat untuk 1 set pump disc belakang Yamaha 125z beserta hub spoket ialah RM185... Alhamdulilah... boleh la.. set local kot.. kalau yang original Yamaha 125z hampir mencecah RM350.... Woooooww tak mampu lagi nak pakai set pump disc original..

Haaa.. ini juga sebab utama saya memilih rim Racing Boy SP522 Yamaha 125z.. Kerana sensor speedo Suzuki Fxr150 lebih mudah untuk diubahsuai dengan rim Racing Boy SP522 Yamaha 125z berbanding rim Enkei Suzuki Fx125..

Akhirnya..selesailah ubahsuai Rim Racing Boy SP522 Yamaha 125z pada Suzuki Fx125.. Kelebihan rim ini ialah kestabilan semasa mengambil selekoh lebih mantap dan tidak mudah sagat pada bonggol jika membawa pembonceng.. Sekian.. Nantikan entry seterusnya Siri Konvoi Suzuki Fxr150 dan Siri Konvoi Suzuki Fx125..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment