Wednesday, 1 April 2020

Stiker Suzuki FX125 FXR150 BELANGR 150 DAN GSXS750


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. dekat 2 tahun tak menulis blog yang dah bersawang ni..
Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan  (KPK) ni..dekat sebulan jugak terperuk dalam rumah..jadi kita isi masa lapang dengan menulis..

Jadi hari ini saya ingin berkongsi segala hasil stiker Suzuki FX125, Suzuki FXR150, Suzuki BelangR 150,dan Suzuki GSXS750 yang saya buat menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.. Saya memang teruja dengan design dan stiker berkaitan motor kerana dapat membangkitkan kreativiti berkaitan warna dan livery design motor.. dan sah2 la saya akan fokus motor suzuki je.. hahaha peminat suzuki katanya.. tapi di Malaysia motor suzuki hanyalah sampah di mata pomen bengkel, tokey kedai motor, dan penulis web permotoran.. okay, tak payah banyak cakap.. terus payung design
 Ini design suka2 je yang saya buat.. mula2 print 3,4 helai je untuk diri sendiri dan isteri.. lepas upload kat fb.. ada permintaan dari sahabat print banyak2..katanya ada permintaan.. mulanya saya keberatan sebab design ni tak la berapa cantik.. akhirnya mengalah jugak la..tambah la design untuk suzuki FXR150 dan BelangR 150.

ada kelemahan sikit kat design ni terutamanya pada saiz tulisan pada tangan dan tulisan pada belakang baju.. itu pun saya kesan selepas baju siap dicetak.. apa boleh buat.. pengalaman pertama design dan print baju untuk dijual... maaf kepada yang telah membeli baju ini.. saya budak baru belajar design dan print baju motor.. hahahahaha.. tu pun ada lagi 2 helai baju ni tak dibayar lagi walaupun nama dah beri untuk tempahan.. biasa la tu.. adat meniaga.. ada macam2 perangai rider motor ni.. malas dah nak meminta2..
design enjin suzuki dohc kapcai.. memang design ni paling mencabar kerana banyak part kecil kena tracing.. ni saya tracing guna adobe photoshop.. part paling mencabar gigi balancer dan spoket timing chain.. jenuhhh wweeehhhh... jangan lupa letak water mark tau.. sekarang banyak maling di alam maya.. kikikiki...
ni saya colour design asal menggunakan adobe illustrator.. pun hasil newbies lagi.. masih belum mahir lagi..nampak kan dari segi penggunaan warna masih tak jelas.. warna gelap dan warna cerah kena dicolourkan dengan sebaiknya untuk menaikkan bentuk tracing.



Haa ini tracing Suzuki GSXS750..  motor naked middle class ni sangat berbaloi untuk dimiliki.. dah beli memang konpom la saya akan tracing.. puas dapat siapkan tracing gsxs ni.. belum berkesempatan je nak buat design bajunya.. tracing gsxs ni tak ada la mencabar sangat.. kira biasa2 je.. bila daa nak buat review Suzuki GSXS750 ni.. cakap nak tulis tapi tak tulis2 jugak...aduiii..
dan ini tracing suzuki FX125.. suzuki kapcai ni memang dah naik sekarang di dunia permotoran.. mungkin sebab bentuknya kapcai mudah dibawa untuk pelbagai tujuan dan enjin yang sangat reliable untuk dinaik kuasa sehingga 190cc.. motor fx saya ??? cukup la 162cc je.. #taklajusangattakslowsangat... hahahahaha...


Tracing ni plak memang menggamit kenangan.. sebab Suzuki FXR150 tu dah arwah pada 2018.. mula pakai sejak 2011.. sebabnya tak lain tak bukan selalu rosak dan tak laju walapun dan modify.. hahahaha..sudahnya jual lerai je.. tinggal enjin bawah je buat kenangan.. sebab tu la agaknya terus upgrade gsxs.. standard dah laju meh... kikikiki..
tracing kedua2 ahli keluarga fixxer ni tidak la susah sangat sebab tiada part kecil yang banyak.. masa berjaya tracing macam2 ada dalam kepala nak buat design la.. apa la.. akhirnya ke laut sebab motor dah jual... sisa motor ni tersebar di seluruh Malaysia.. yg boleh nampak lagi rim enkei ni telah menyambung khidmatnya kepada sahabat permotoran di Kesang pajak,Jasin. Kenapa tak buat watermark ? sebab dah tinggal kenangan je Suzuki FXR150 ni...








dan ini hasil musim PKP.. ni sketch awal je sebab tu nombor 25 tu pun tak buang lagi...nombor 42 kekal.. baru kena dengan livery suzuki motogp 2020.. . warna silver akan merangkumi semua stripe biru cair yang ada termasuk stripe coverset tepi, dada itik, mudguard dan kepala...tulisan suzuki tu akan guna warna silver jugak..warna oren kekal untuk stripe pada kepala, dada itik, dan stripe kecil pada coverset tepi...jadi warna pilihan mungkin biru gelap, silver dan oren...tunggu siap warna semula kasi on untuk airbrush fx125 plet JFK..








No comments:

Post a Comment