Sunday, 19 April 2020

Suzuki FXR150 FX125 Rosak

Assalamualaikum dan salam PKP fasa ketiga hari ini..  Biasanya bila cerita pasal motor je mesti cerita pasal kelebihan dan aksesori yang dipasang pada sesuatu motor tu kan.. jarang-jarang..kadang-kadang cerita pasal keburukan atau pun kerosakan yang dihadapi sepanjang memiliki motosikal itu.. Jadi hari ini saya akan berkongsi segala kerosakan dan proses overhaul Suzuki FXR150 dan FX125 saya..
ni crankcase Suzuki FXR150 saya crack.. masa ni jekrod 3mm je.. asam garam jekrod macam ni la.. mesti ada risiko kerosakan.. nasib baik dapat tahu awal...
Sudahnya.. beli crankcase baharu.. beli dari otai Rozaimie King rasanya.. harap crankcase ni bertahan lama la..
yang ni Suzuki FX125 rosak di tempat kerja di Paloh.. masuk gear je motor akan free gear secara tiba-tiba.. aduuii dugaan betul.. dah la kena masa nak balik kerja.. akhirnya tinggalkan motor di tempat kerja.. call sahabat motor En Safar tokey lori towing.. huhuhu.. banyak kisah dengan Safar ni.. memang banyak jasa beliau..
masa ni head Suzuki FXR150 crack.. kali ni tak pasti apa puncanya... simptom-simptom masa kena ni timing enjin tak lekat.. asyik mati je time idle motor.. bila suruh pomen buka.. ada crack kat lubang plug.. masa ni memang standard 150cc lagi..  apa boleh buat..
Tukar la head baharu.. RM450 lebih jugak..  bujang lagi masa kena ni tahun 2013 gitu... so boleh la lagi beli barang motor tanpa kena buat bajet dulu..
yang ni running Suzuki FX125 spec 162cc.. enjin mati plak kena hujan... suspek cap plug ada bocor..kena kat jalan felda.. memang lenjun kena hujan lebat.. nasib baik ada mat indon tolong tolak sampai pondok tepi jalan..
jadi berteduh la sekejap kat pondok tepi jalan.. hujan dah reda sikit.. buka cap plug gosok-gosok sikit bagi kering kat area plug..baru la hidup motor reput ni.. huhuhuhu

yang ni kes enjin pecah.. motor ni bagi pinjam kawan katanya motornya rosak.. digunakan untuk pergi kerja je.. alih-alih rosak di Kajang.. bukan rosak biasa-biasa plak tu.. dah la kena kencing dengan member, motor plak barai.. yang ni memang kena terus terang sebab ada segelintir geng motor tuduh saya sahaja mereka cerita dan menyalahkan orang lain kerana motor rosak..
minyak enjin dah melimpah.. jadi dah boleh agak tak apa yang rosak ni ?
Enjin pecah.. memang termenung jap bila tengok gambar ni.. pecah di bahagian balancer.. lepas buka enjin memang teruk rosaknya.. rod patah, piston pecah, blok pecah.. balancer pecah..head je selamat...dugaan paling besar yang ni sepanjang memiliki Suzuki FXR150 ni..

cuba bawa balik dengan menukar seketul enjin  hasil bantuan pomen.. malangnya enjin semput-semput masa bawa balik.. boleh bawa 90kmj ke 100kmj je.. jenuh weehhh...dari Kajang ke Melaka je mampu sampai.. kat Melaka enjin padam.. kena kat tol Jasin..jangkaan rosak pukul 2 pagi gitu la.... call member area situ.. jadi menumpang la di sini ...aduiii dugaan lagi sekali..

yang ni selamatkan Suzuki FXR150 sadai di rumah sahabat di Jasin.. kredit kepada Nurman best dan Hakim mini Hayabusa.. motor di rosak di Kajang.. Cuba bawa balik ke Kluang tapi rosak di Melaka.. jadi tinggalkan dulu di sini.. dekat 2 bulan jugak tumpang..
macam biasa khidmat Safar tokey lori ditagih untuk angkut Suzuki FXR150 ini ke Kluang untuk dibaiki.. motto line beliau ialah "anytime, anyplace, everywhere, janji pulus kasi ada" hehehehe..

Memandangkan khidmat sahabat Safar tokey lori yang cemerlang, kita kasi dia job lagi
Menyelam sebiji Suzuki FXR150 sadai di Yong Peng..enjin boleh hidup lagi.. jadi kita bawa balik guna khidmat Safar tokey lori.. part lain dah selesai jual.. tinggal enjin seketul je untuk simpanan
Cadangnya nak buat spare untuk si merah tu... sekali dengan si merah tu dibaraikan sekali.. hahahaha
Menyelam lagi dengan Safar.. kali ni ke Kerubung plak..hahahaha
dah dapat hasil selaman.. terus ikat kuat-kuat.. terus balik Kluang.. motor Safar punya.. bukan saya yea..
Kali selam lagi..terjumpa sebiji Suzuki FXR150 sadai.. owner cina.. macam boleh buat duit ni.. sebelum roger Safar kita belek-belek dulu untuk check keadan motor ni..
Sayangnya kondisi agak menyedihkan.. berkarat chasis fork, dan swing arm.. coverset elok lagi.. enjin cuba start.. keras ya aammaat.. sah jem.. fuhhh tak berbaloi untuk diselam.. jadi tersadai la macam tu je...


















Monday, 13 April 2020

Konvoi Suzuki Fx125 Fxr150 Gsxs750 ke Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera peminat motor terutamanya motor suzuki.. kenapa ? sebab peminat suzuki je akan baca dan cari maklumat berkaitan motor suzuki.. biasanya la.. hahahahaha.. baik, entry kali ini saya nak kongsi siri konvoi Suzuki FX125 FXR150 GSXS750 saya ke Melaka.. kalau dihitung, dikira, ditambah, dibahagi, lebih daripada 5 kali saya konvoi ke Melaka dengan Suzuki FX125 dan Suzuki FXR150 ni..

Tak lain tak bukan kerana Melaka terkenal dengan lokasi tempat makan yang viral dan saya mempunyai rakan permotoran Suzuki yang aktif di sana.. di Kluang ni dah suam-suam kuku dan semangat permotoran Suzuki.. masing-masing bawa haluan sendiri.. apa boleh buat..

ni masa mula-mula pakai coverset hijo.. memang biasa-biasa je luaran Suzuki FX125 masa ni.. memang huduh... ni ride ke Melaka sempena cuti 16 September Hari Malaysia.. bersama otai abam Aegig..ex pengguna Suzuki FXR150 dan FX125.. dah beralih arah ke Fzi katanya..ride santai je masa ni.. menten speed 130kmj je..abam ni dari Johor Bahru.. den macam biasa tunggu exit tol Ayer Hitam.
Misi abam ni mencari kuih keria antarabangsa Melaka.. tapi sayang.. tutup plak time cuti umum.. apedarr...tak ada rezeki.. ngeteh je la dengan geng Suzuki Melaka..

Geng Suzuki Melaka yang sambut antaranya abam Uwais, Nurman Best dan Haziq evo10...dah slow main suzuki ni katanya lepas dah ada evo10.. hehehehe..ngeteh santai je la di pantai Klebang.. lepas tu balik Johor..
Kali ni konvoi solo je dengan Suzuki GSXS750.. Lesen pun L lagi tau.. hahahaha.. Rule of Blue.. Suzuki Way of Life..Suzuki naked bike and mini hayabusa..saudara Hakim memang aktif menyambut saya kalau konvoi ke Melaka masa ni.. misinya ialah mencari makanan ni.. paadduuuu
Cendol Kampung Hulu Melaka..memang sedap dan berbaloi.. masa datang ke sini pun dah petang sebab waktu paginya hujan..
Wefie la apa lagi.. 2 beradik ni memang jiwa Suzuki... pantang saya ada konvoi ke Melaka, memang dorang la yang sambut.. hahahaha..
malamnya kami sambung makan lagi di Asam Pedas Mahkota Taman Laksamana.. fuuhhhh memang pedas dan sedap.. sebab tu 3 sekawan ni bulat-bulat.. asyik makan je.. hahahahahaha
Rule of 3 Blue Suzuki.. ketiga-tiganya mesin Suzuki.. time nak balik ni.. dorang siap hantar den stesen minyak sebelum masuk tol Ayer Keroh.. memang respek dorang ni.. kalau member lain mungkin lantak kau la bro.. pandai-pandai la balik sendiri...
Konvoi kali ni dengan Suzuki FXR150.. Masa ni elok lagi mesin ni.. masa ni solo je dari Johor.. bawa pun slow je sebab solo je..menten 130kmj je.. saya selalu beringat kalau konvoi solo jangan bawa motor macam nak berlumba..kalau rosak kat highway mau garu kepala nak minta tolong orang lain..
Misinya mencari Coconut Shake Batu Berendam.. saya lebih suka minum kat sini banding Klebang sebab orang tak ramai.. malas weehh nak bersesak-sesak semata nak minum je..
lepas minum..singgah rumah abam Uwais Melaka di Bukit Katil.. macam biasa saudara Nurman yang guide jalan.. masa ni warna asal lagi FXR150 ni.. sekarang dah warna putih rasanya..
Masa ni ride ke Melaka untuk urusan tukar nama di JPJ.. tengok Suzuki FXR150 tu dan tukar warna putih.. dah hensem.. eh FX125 tu pun sama.. dah tukar tema motogp Suzuki.. hehehehehe.. masa balik dari Melaka test top speed FX125 reput ni.. dapat la meter 157kmj.. gps dapat 141kmj je.. boleh la.. spec pun 162cc je kan..#takslowsangattaklajusangat..hahahahaha

Seterusnya konvoi ramai-ramai ke Melaka.. kali ni ramai yang join dan agak meriah.. abam Aegig, Ghazi, abam Ehsan, Firdaus, Nurman Best, Hakim, Haziq Evo10, dan seorang lagi rider FXR150... rasanya adik abam Uwais..port ngeteh ? macam tak biasa.. ke Coconut Shake Batu Berendam la.. hahahahaha
Lepas tu singgah Asam Pedas Kota Laksamana lagi.. dah 2 kali repeat ke sini weehh...memang konvoi ni makan je kerjanya..
kami antara pelanggan yang pertama sampai sebab kedai baru buka..nampak sangat lapar dah tu...
jentera Suzuki yang hadir.. 1 je jentera yamaha Fzi..
yang sebelah kiri dah cuci tangan FXR150.. yang tengah pun sama.. yang sebelah kanan je masih maintain lagi..

Seterusnya konvoi ke Melaka lagi.. kali ni sempena majlis raja sehari sahabat BelangR 150 Haziq Evo10.. panas lit-lit weeh masa ni.. macam biasa saudara Hakim, Nurman Best dan abam Uwais bawa ke majlis ni.. di Lendu rasanya.. lepas makan nasi minyak pengantin ambil gambar semua.. layan coconut shake dan sotong hijo.. gambar sotong dan coconut shake tak disertakan hahahahaha..
ni parking kat Coconut Shake Batu Berendam.. memang port wajib dah kalau ke Melaka mesti singgah sini.. hahahaha.. tapi sejak kena diabetis, dah jarang singgah sini.. hahahahahaha..

 
Antara jentera Suzuki yang hadir... semua power-power tu.. jangan main-main..

Part yang sering saya bawa setiap kali konvoi solo ni la.. Raymin FlatFix yang boleh pam tayar yang bocor dengan mudah dan cdi spare..
 Raymin ni sangat berguna di kala kita ditimpa musibah... setakat ni saya dah guna 3 kali pada tayar kereta..pada motor belum pernah kena lagi.. harga rm45 ke rm50 gitu.. memang cepat dan sangat membantu.. bayangkan kalau kereta atau motor anda tayar pancit di tempat gelap dan bahaya.. dalam masa 5 minit je boleh settle masalah tayar pancit ni.. goncang botol ni.. buka penutup tayar..tekan spray botol ni.. settle...
 cdi Cheetah Power ni memang cdi aftermarket yang terbaik di pasaran untuk enjin Suzuki.. sangat top selain BRT, Predator.. memang boleh jejak 13k rpm dengan cdi... reliable pun boleh tahan.. dah 4 tahun pakai dari 2016 pada Suzuki FX125 sehingga sekarang.. abam erwin.. ada komisyen tak ni ? hahahahaha...
Ini pula tank extra untuk pergi lebih jauh.. memang kalau ride ke Melaka saya akan pasang tank ni.. beli dari owner FX125 Kuala Lumpur..kapasiti tank ni 2.8 liter.. campur tank asal 4.6 liter.. boleh pergi lebih kurang 180km dengan menten speed 130kmj.. boleh la kan ? tapi masa balik dari Melaka saya pernah kena sergah dengan polis yang buat road block di Ayer Hitam.. dikatanya saya bawa bom dan nak gari.. hampeh punya polis.. road block polis setakat ni berjaya lepas.. cuma roadblock JPJ je belum pernah cuba lagi.. rasanya memang konpom kena saman...adduii...
lepas tu riki-riki di internet.. terjumpa 1 owner Suzuki FX125 modi extra tank di mudah.. boleh tahan besar dan kemas.. ni rasanya kapasiti tank mahu 8 liter ke 10 liter weehh..gambar dari tepi
kalau dapat tank extra ni.. fuuhhh rasanya Ayer Hitam ke Seremban sekali hembus je weehh... kalah motor tangki depan... hahahahahaha..

baiklah rasanya di sini je la entry kali ni.. 

















Wednesday, 1 April 2020

Pandu Uji Suzuki GSXS750 Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. hari ini saya akan mengotakan janji saya dalam entry sebelum ini untuk membuat review atau pandu uji Suzuki GSXS750 ABS yang telah saya miliki 2 tahun yang lepas..
Saya akan beri komen dan pandangan dari aspek ;
Harga
Penjagaan/maintainance
Kawalan/handling
Kelebihan
Kelemahan

Harga
Harga untuk sebuah mesin middle class naked big bike suzuki ini lebih kurang RM49,900.. Siap on the road RM54,000 jugak la.. bagi saya harga agak mahal sikit berbanding motor big bike middle class lain kerana julat harga pengeluar lain antara rm40,000 sehingga rm49,000. Hal ini tidak lain tidak bukan ialah motor big bike naked Suzuki GSXS750 ABS ini diimport sepenuhnya daripada Jepun.. jadi cukai yang tinggi kat situ la yea.. jadi saya tidak akan membandingkan gsxs ini dengan motor big bike dari pengeluar lain kerana tiada motor dari pengeluar lain yang diimportnya sepenuhnya dari Jepun mempunyai kapasiti cc yang sama dgn gsxs ni.. sebab itu di youtube perbandingan Suzuki GSXS750 biasanya digandingkan dengan Yamaha MT09 dan Honda CBR650..
 Haaa..tengok harga di mudah.. boleh tahankan harganya..
ni saat saya memiliki Suzuki GSXS750 ni.. sang serikandi cintaku yang tolong hantarkan untuk ambil motor ni..


Penjagaan/Maintainance
Penjagaan motor big bike 4 silinder memang agak mahal kerana faktor 4 inline.. minyak 4t yang diperlukan ialah 4 liter.. pemilik gsxs disarankan menggunakan minyak 4t full sintetik atau sekurang-kurangnya semi sintetik la.. harga dari RM50 ke RM110.. jadi jika dikira julat harga minyak 4t untuk Suzuki GSXS750 ini dari RM200 ke RM300.. Jika tiba masa menukar penapis minyak kena la tambah dari RM40 ke RM70 yang menjadikan anggaran servis Suzuki GSXS750 ini dari RM250 hingga RM340..jenama minyak 4t pula rasanya tidak perlu saya bahaskan di sini sebab memang banyak jenama yang terbaik untuk big bike ni seperti Motul, Silkolene, Liqui Moly, Bell Ray, dan macam-macam la.. asalkan anda pakai gred minyak 4t yang sesuai dengan motor anda..
saya pula memilih minyak 4t ni.. minyak 4t ni warna merah.. memang paaddduuu.. tapi harga pun boleh tahan.. dari RM50 kepada RM70 mengikut kedai dan tempat..

Selain minyak 4t, penjagaan motor big bike yang anda kena ambil tahu ialah masa menukar tayar..Tak lain tak bukan kos menukar tayar motor big bike hampir 3 kali ganda dari kos tayar kapcai.. kos untuk tayar hadapan dan belakang ialah RM1000 ke RM1200.. Harga ini mengikut kedai tayar dan tempat jugak la..Suzuki GSXS750 ini dibekalkan dengan tayar standard Bridgestone Battlas S21.. Memang mantap dan paaaduuu untuk layan koner dan hujan kerana tayar ini memang khas untuk layan koner.. tak cayaaa ?? haa tengok den sedut dari laman web Bridgestone;




thread bunga pun macam tu je la.. dah tayar ni memang terbukti sangat mencengkam dgn kuat di jalan Yong Peng-Paloh yang menjadi jalan saya mengasah skill koner yang tak berapa bagus.. dan saya sentiasa sematkan dalam hati.. layan koner di jalan awam jangan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan tahu tahap kita (know our limit)..

Jarak yang saya dapat untuk tayar s21 ini hanyalah 12,000km perjalanan sahaja.. lepas tu dah mula bunga tayar dah mula haus..ringkasnya jarak mileage untuk tayar layan koner ni 12,000km ke 15,000km je.. jadi sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah.. elok la gunakan tayar touring.. harga pun tak mahal macam tayar layan koner.. dan mileage boleh pegi sampai 18,000km ke 22,000
km..

Ni tayar belakang.. bunga tayar dan tinggal sikit je tu.. lebih kurang 30% je.. nak pakai sampai bunga licin boleh.. tapi kena hati-hati terutamanya semasa hujan tayar dah mula goyang-goyang inul.. dan tayar kondisi macam ni elakkanlah dari bawa laju lebih dari 160kmj sekiranya anda tidak mahu menemui Ilahi dengan lebih cepat..

ini tayar hadapan.. mileage baru 7000km dan tinggal 40% je bunga tayar..Penjagaan lain motor big bike ialah spoket dan rantai.. Bagi saya, rantai dan spoket mempunyai jangka hayat yang jauh..dengan mileage 20,000km ni pun spoket dan rantai masih lagi dalam keadaan baik..jangkaan saya spoket dan rantai boleh menjangkau 25,000km ke 35,000 km sebelum tiba masanya untuk ditukar.. harga plak daripada lingkungan RM350 ke RM550 untuk 1 set spoket dan rantai.. ini pun saya dapat dari nasihat bikers yang lebih berpengalaman kerana motor big bike seeloknya kena tukar 1 set.. jika tidak.. anda akan menghadapi masalah pada spoket nanti.. apakah simptom rantai mesti ditukar ? bila rantai motor anda sering kendur walaupun telah ditegangkan..

Penjagaan lain untuk motor big bike macam biasa la.. windshield atau penghadang angin terutamanya motor big bike naked.. kerana selepas kelajuan 160kmj, dada akan berasa sakit apabila melawan rintangan angin yang kuat.. sebab itu motor big bike naked sangat membutuhkan windshield.. hehehehe.. Slider juga sangat penting untuk mengelakkan kerosakan teruk kepada motor big bike anda sekiranya ia jatuh semasa parking atau mengalami kemalangan. dan akhir sekali cover radiator...
haaa.. kan nampak lebih macho kan bila dah pasang windshield..
Ini pula contoh slider yang dipasang pada frame Suzuki GSXS750.

Kawalan
Motor big bike sememangnya agak berat berbanding motor 250cc ke bawah.. Percayalah.. dengan berat 213kg, Suzuki GSXS750 ini agak sukar dikendalikan semasa nak parking mahupun membuat pusingan U..sebab itu banyak big bike sport mempunyai berat yang ideal iaitu 170kg ke 195kg sahaja.. dan saya selalu mengambil langkah selamat dengan turun dari motor dan menolak motor terutamanya semasa nak parking.. tips yang diamalkan untuk membuat pusingan U atau membelok.. saya akan keluarkan kaki untuk mendapatkan keseimbangan semasa membuat pusingan U mahupun membelok.. Ingat, anda nak belok atau pusingan U menggunakan jentera berat lebih 200kg.. bukan motor kapcai seberat 90kg yea..tak faham maksud keluarkan kaki ? alaaa macam rider motoGP selalu buat sebelum ambil koner tu..

Tapi kelebihan motor big bike Suzuki yang mempunyai berat 213kg ni, motor memang sangat stabil semasa kelajuan 160kmj ke 200kmj.. lebih 200kmj saya dapat merasakan vibrate yang agak kuat akan terhasil.. ini normal la..benda dah bergerak laju.. mesti ada getaran la kan..so kena la pegang handle kuat2..

Kelebihan
Secara jujurnya Suzuki GSXS750 ni tiada la banyak kelebihan berbanding motor big bike pengeluar lain.. Ciri istimewanya pun biasa2 je la.. Ada ABS, traction control.. anda boleh guna TC untuk cuaca hujan, cuaca normal, untuk trek, dan offkan terus TC..lain-lain ciri biasa je la macam Low Rpm Assist dan ABS.. ni tak payah jelaskan kot..Kelebihan lain pun sama macam motor big bike naked 4 inline lain.. boleh maintain cruise speed 160kmj ke 180kmj dengan santai..rpm 6,000 ke rpm 8,500 masa ni..enjin tak stress la bandingkan 2inline dan v twin.. lebih 200kmj ada ngerang sikit la enjin.. max RPM gsxs ni 11,500 rpm.. fuuuhh tu speed mau 250kmj  260kmj kot.. saya berani bawa 210kmj je.. nak pulas tak berani daahh.. hahahahaha..


Meter full digital..sejibik2 macam fxr150.. mileage baru 82km je.. huhuhu.. masa ni bau kedai lagi...hahahahaha

Kelemahan
Motor big bike naked ini ialah jenama Suzuki.. itu lah kelemahannya.. hahahahha.. harga seken untuk gsxs lebih kurang RM35,000 je.. memang kaw-kaw turun harga.. dan macam biasa la.. persepsi rider Malaysia, "apa barang pakai Suzuki ??"...hahahahaha baik dari kapcai ke big bike..

Panjang sangat dah ni menulis.. rasanya ini jela pandu uji dan review yang saya boleh bagi untuk jenama yang dipandang sinis oleh rider Malaysia..

layan video kali pertama bawa motor ni