Thursday, 8 August 2013

Suzuki Fxr : Truly The Cybermatic Sport Cruiser

Suzuki Fxr.. memang sebuah mesin Suzuki 150cc yang dicipta untuk kesempurnaan.. Manakan tidak, mesin ni masih mampu diperah dengan high rpm sehingga 10,000 rpm dengan kelajuan 125kmj dengan membawa beban ( hohohoho..berat aku 115kg  ni ) tanpa sebarang masalah semput mahupun terciri setiap kali pendikit minyak dan penukaran gear dilakukan.. Fuuuhh...satu penghargaan yang jujur dari seorang penunggang motosikal..


Kesempurnaan mesin DOHC pertama di dunia bawah 150cc ini sedikit sebanyak dibantu oleh penalaan CDI unit Cheetah Power yang dibeli daripada Sifu Erwin.. Alhamdulilah..masalah performance Suzuki Fxr aku yang kadang-kadang tip top kadang-kadang lemau macam biskut mary kena rendam dalam air telah berjaya diatasi.. huh...


setengah jam sebelum post ini dikarang, aku baru sahaja ride Suzuki Fxr dari bandar Kluang ke felda tempat tinggal aku lebih kurang 28km je.. Aku ride Suzuki Fxr ni pun dengan kelajuan biasa-biasa je.. hahahaha lebih kurang 110-115kmj... kadang-kadang merembat cucuk angin kereta... nak menyelit pun payah jugak tadi.. yeala.. time raya.. memang banyak kereta... tapi yg aku kagum dengan mesin DOHC dengan teknologi TSCC ( Twin Swirl Combustion Chamber ) ini mampu ditunggang dengan kelajuan yang melebihi had laju kebangsaan tanpa rasa stress pada enjin dan keselesaan yang cukup selesa untuk penunggangnya..

Keselesaan menunggang mesin Suzuki DOHC ( Double Overhead Camshaft ) ini dibantu oleh teknologi twin cam suzuki dengan dipacu timing chain yang dikawal ketegangannya dengan automatik tensioner.. Head Suzuki Fxr membantu kelancaran pusingan camshaft yang mempunyai sambungan dengan rantai pemasa dan aliran minyak hitam yang ditembak secara terus daripada pam minyak...

Mesin DOHC ni mempamerkan prestasi yang tinggi juga dibantu oleh saiz carburator yang agak besar dalam kelas 150cc, iaitu carburator Mikuni BS29mm.. Carburator  jenis CV ( constant vacuum ) ini berjaya mengoptimumkan penggunaan petrol Suzuki Fxr.. Manakan tidaknya. konsep vakum digunakan dengan menggunakan diaphram yang hanya bertindak balas melalui kenaikan slide carburator dan sistem vacuum semasa carburator sedang beroperasi..

Nah..rasanya coretan di atas sudah cukup untuk membuktikan kemantapan mesin DOHC Suzuki Fxr ini alias The Legendary of Cybermatic Sport Cruiser.. sekian.. calllo...

No comments:

Post a Comment