Monday, 1 July 2013

SUZUKI FXR THE LEGENDARY OF CYBERMATIC SPORT CRUISER

Assalamualaikum.. ini post terbaru aku selepas menyepi buat beberapa ketika.. Mana tidaknya, sentiasa sibuk dengan kerja-kerja pengurusan fail yang melampau di sekolah.Walaubagaimanapun, TANGGUNGJAWAB sebagai pendidik anak bangsa Malaysia tetap menjadi azimat untuk aku terus mendidik dan berbakti di sekolah..

Okay, tak payah melalut tak tentu pasal.. kali ini aku kongsikan dengan rakan-rakan pembaca mengenai hasil seni aku yang seterusnya, full tracing SUZUKI FXR FROM RIGHT VIEW. Tracing yang paling rumit dalam hasil kerja ini ialah tracing sport rim, handle bar, bahagian head blok FXR, dan casing enjin FXR bahagian clutch yang sangat unik sehingga menjadi dambaan peminat kapchai tegar yang ingin menaik taraf kapasiti enjin mereka kepada tahap yang tertinggi. Masakan tidak enjin DOHC 150cc yang pertama dilancarkan di Malaysia ini digelar sebagai lagenda enjin DOHC 150cc..

Baik, review aku mengenai tracing SUZUKI FXR ini ialah berfokus kepada design SUZUKI FXR half fairing yang sungguh mengujakan kerana sekiranya seorang rider meninjau dari sudut tepi, half fairing SUZUKI FXR ini seakan-seakan seekor Burung Helang yang sangat gagah perkasa dengan sayap yang cantik terlipat di sisinya... Huh, tidak tahu bagaimana hendak mendeskrepsikan lagi reka bentuk SUZUKI FXR yang cukup sempurna ini... SUZUKI FXR.. THE LEGENDARY OF CYBERMATIC SPORT CRUISER...




NEXT PROJEK.. TRACING SUZUKI FXR DOHC FROM FRONT VIEW...

No comments:

Post a Comment