Saturday 8 January 2022

Konvoi Suzuki GSXS750 dan Suzuki FXR150 ke Rnr Titiwangsa 2022

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Setelah hampir 2 tahun saya tiada menulis entry untuk blog ni.. tiba-tiba tahun 2022 ni timbul semangat nak menulis. Semuanya gara-gara konvoi ke Rnr Titiwangsa 2022 ni. Sebab utama saya teringin nak ke sini kerana pemandangan dan suasana hutan yang sejuk serta damai yang tidak ternilai. Okay tak payah banyak tulis, saya akan mulakan catatan ride pembuka tahun 2022 ini.


Asalnya saya bercadang nak ride solo. Tapi belum cukup  kental nak ride solo sejauh 700km-+ ni.. Isteri pun macam tak bagi greenlight takut jadi malapetaka atau kemalangan. Jadi saya telah mempelawa sahabat rider dari geng kapcai kepada geng big bike. Semuanya kriikk..krriikk.. Ada yang tak dapat cuti, ada yang tak berminat, ada yang takut kena air (hehehehehe).. Akhirnya dapat jugak pujuk seorang sahabat rider join konvoi ini.. iaitu saudara Hakim. Beliau dan abangnya Nurman banyak membantu saya masa motor saya rosak waktu malam di Jasin dulu.. Jadi memang kamceng la dengan dorang ni.. 


Okay dah habis cerita tujuan ride, terus masuk perjalanan ride kali ni..Sememangnya ride kali ni dibayangi hujan sepanjang jalan sebab luruan monsun dikatakan sedang melanda semenanjung pada tarikh 3 Januari 2022 tu.. Tapi saya nekad pergi jugak.. Jadi bersiap la dengan tail beg, baju hujan, lain-lain la.. Bertolak dari rumah jam 12.00 tengah malam 3 Januari 2022.


haa tengok gambar bawah.. macam robot obesiti kan ? hahahahahaha 












Anak-anak melambai pemergian ayahnya di kala hujan renyai-renyai.. ceewaahhh 


 Ni hentian pertama.. Stesen minyak Petronas Ayer Hitam.. cuaca masa ni memang hujan sekejap renyai-renyai sekejap lebat.. fuhh memang ride ni bermandi hujan la nampaknya.. Check apa yang patut sebelum berhenti di hentian kedua Rnr Ayer Keroh, Melaka.. Saya akan saing dengan saudara Hakim dari sini..

Ni hentian kedua Rnr Ayer Keroh, Melaka.. lebih kurang jam 2.15 pagi.. saya menten 120kmj je kerana cuaca kadang lebat, kadang renyai.. ada tempat kering.. jadi mmg tak boleh laju woooo...memang basah juga baju dan seluar walaupun pakai full suit baju hujan.. tak apa lah.. asalkan tak basah lencun.. mau kecut nanti.. kekekeke..



Tengok.. rilek je bro Hakim ni bawa Suzuki FXR150 si dugong join ride dengan big bike.. apa ada hal kata dia.. janji 2 roda.. janji motor tangki.. hehehehe.. adik beradik suzuki ni.. Sebab dulu pun saya pernah membela suzuki FXR150 ni..Member dah sampai..apa lagi kasi lock throttle la.. kekekekekeke

Ni hentian ketiga.. Rnr Rawang.. lebih kurang jam 4 pagi gitu la..Rehat jap.. buang apa patut, minum nescafe..macam biasa la.. ride long distance rehat kena cukup.. Sangat bahaya kalau ride jauh sambil badan penat atau mata mengantuk. Keadaan cuaca dari Melaka-Selangor gerimis sahaja dan cuaca baik..Jadi boleh speed sikit.. Saya bagi Hakim depan agar dia selesa dengan kelajuan motor dia.. Kadang-kadang naik hantu jugak member ni.. kenapa hantu ? Nanti saya ceritakan lepas hentian ni..


Hentian keempat.. Lebih kurang jam 5.45 pagi.. Isi minyak dan rehat serta solat Subuh.. Masa ni la hantu Hakim ni menggila.. dipepahnya suzuki FXR150 tu secukup rasa..  Saya follow belakang dia je.. setakat saya ingat bacaan meter Suzuki GSXS750 paling tinggi ialah 165kmj sepanjang saya cucuk motor FXR150 dia.. mantap jugak weehh.. Haaa lupa nak cakap.. FXR150 tu dah standard modi.. katanya dah 162cc.. hehehe sorry Hakim pecah rahsia pulak..



Hentian kelima.. Rnr Sungai Perak. Lebih kurang jam 8 pagi gitu.. Hakim jauh ke depan meninggalkan saya masa nak turun Terowong Menora.. Memang selekoh tajam dan berbahaya jalan situ.. fuuhh.. fuuuh.. saya bawa biasa je.. Sebab jalan yang saya tak biasa memang tak kan bawa laju.. Silap sikit, terbabas dan maut la jawabnya..


Akhirnya kami exit highway plus di plaza tol Kuala Kangsar. Sikit lagi nak sampai gerik.. Sikit lagi nak sampai rnr Titiwangsa (ni cakap dalam hati ).. Masa ni badan dah mula rasa penat.. Mata dah mula rasa mengantuk..



Rupa-rupanya dekat 100km lagi dari Kuala Kangsar nak sampai ke Gerik.. Hahahaha mati la nak.. Ingatkan 30km 40km gitu je.. Badan dan penat..Mata dah mengantuk..Kepala dah mula pening sikit.. Daripada pelan asal nak sarapan kat Gerik terus berhenti di pekan Lenggong.. lebih kurang jam 10 pagi sampai sini.. Kami rehat dan makan roti canai dan teh tarik.. roti canai sini masih lagi harga m40 lagi.. rm0.80 je bro.. Jalan dari Kuala Kangsar nak ke Gerik pun luas dan cantik turapannya.. Ada kampung tradisional di kanan kiri jalan.. aman dan damai je..




Singgah photoshoot di sini.. Tugu peringatan jalan raya Timur Barat.. Tujuannya bagi mengenang jasa pasukan keselamatan dan para pekerja JKR semasa mereka menjaga dan membina jalan ini. Mereka diancam pengganas komunis dan ada yang terkorban. Malah di lokasi ini telah diletupkan 63 mesin jentolak tanah. Haa baru tahukan betapa jahatnya komunis.. Tu pun ada lagi yg mengagungkan komunis.. apa pun tak leh ar..



Ni dah sampai tasik Banding.. Mak datuk memang besar gedabak tasik empangan ni.. angin kuat.. berhampiran dengan Royal Belum.. Hutan hujan semula jadi antara yang tertua di dunia..Tapi bahaya sebenarnya berhenti di sini.. Kami ambil gambar secukup rasa terus panjat lagi..Sikit lagi nak sampai tujuan utama konvoi ni..Ayuhhhh...


 Sikit lagi nak sampai rnr Titiwangsa.. Kami kehairanan ada kereta dari arah bukit menggunakan isyarat lampu tinggi.. Dalam hati tak kan la ada road block tengah2 hutan ni.. apa dah tak ada kerja ke polis dengan jpj ? hahahaha.. mungkin kemalangan kot.. rupa-rupanya ada "orang kuat" atau si belalai rupanya sedang makan di tepi jalan.. Memang besar dan tinggi gajah liar ni.. hampir 3 meter ke 4 meter  tingginya.. dan kulit badan gajah liar berbeza sikit dengan gajah kat zoo.. kulit depa warna coklat-coklat gitu banding kulit gajah kat zoo aku tengok warna hitam.. 





Akhirnya.. lebih kurang jam 11.45 pagi.. Kami sampai di rnr Titiwangsa.. Memang sejuk dan nyaman suasana di sini.. sini lebih sejuk dari Cameron Highlands.. Pakai jeket dan glove pun rasa menggigil kesejukan..awan yg berarak di udara seperti tinggi 10 meter  gitu je dari kepala...Tersergam pandangan indah panorama banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Memang puas hati dapat sampai ke sini. Alhamdulilah.. dekat 12 jam woo.. 12 tengah malam sampai 12 tengah hari.. hahahaha.. Rehat jap sini dan ngeteh...Haaa payung sikit suasana di rnr ni..

Kemudian kami lajak sikit ke terowong selepas rnr Titiwangsa.. Dikatakan terowong ini dibina bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh menimbus jalan dan menyebabkan jalan penghubung Jeli ke Gerik ini terputus..


Puas bergambar,Kami terus turun menghala ke Gerik.. Tak jadi nak ke Jeli sebab risau jalan dinaiki air di area sana..Tambah lagi badan dah penat.. Masa turun ni baru saya boleh bawa laju sikit.. sebab masa mendaki jalannya memang sangat teruk banyak tampalan dan lubang dan segala mak nenek ar.... Nak koner pun tak syok..Kalau Lando Zawawi lalu sini memang berbakul-bakul sumpah seranah dia kat JKR Perak.. huhuhuhu..Tapi Hakim steady je dgn Suzuki FXR150 dia.. respek betul..Hasil newbies layan downhill Jalan Gerik-Jeli..


Lebih kurang 45 minit turun.. Kami check in homestay.. mandi, solat, dan tidur sepuas-puasnya... huhuhuhuhuhu



Hari Kedua.. jam 10 pagi kami check out.. bertolak pulang.. Kami singgah sini dulu ikam pekasam Lenggong.. Ole-ole untuk mak (Hakim) dan isteri (Saya)..

 



 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke Restoren Tasik Raban merasa ikan bakar... hehehe tapi kami tak makan ikan bakar pun.. agak mahal jugak.. Jadi kami makan lauk pauk biasa je..



Kemudian, kami masuk tol Kuala Kangsar dan kami exit di Simpang Pulai.. Bukan nak ke Cameron Highlands yea.. gila kau badan dah penat ni.. modal pun ngaam2 je.. hahahaha.. Sebenarnya kami singgah di Kellies Castle.. member Hakim ni teringin katanya nak ke sini.. Setahu saya istana Kelly ni antara top 10 tempat seram di Malaysia... hehehehehe..ap lagi photoshoot secukup rasa..




Puas bergambar sampai ke puncak.. kami ke destinasi seterusnya..Hakim ni nak ke Menara Condong Teluk Intan.. eh konfius jap aku..yang rider cikgu sejarah tak teringin nak ke tempat bersejarah, member plak yang beriya-iya nak ke tempat bersejarah.. hahahaha... jangan marah yea Hakim..



Rasanya cukup la 2 destinasi ni.. Kami teruskan ke tol Sungkai untuk masuk highway.. Solat dan bersedia dengan baju hujan kerana awan gelap mendung sangat tebal di area jalan nak ke Selangor.. Gitulah hukum alam.. kami ditimpa hujan selebat-lebatnya bermula dari Rawang sehingga ke Ayer Keroh..Memang mencabar perjalanan balik kerana cuaca hujan waktu malam sangat membataskan pemandangan kami.. Kami kena berhati-hati dengan lampu belakang terutamanya lori-lori besar yang suam-suam kuku je suluhan cahanya... Saya yang bercermin mata.. Memang hujan dan waktu malam amat menyukarkan pemandangan.. jenuh kena lap je visor dengan glove tangan..

Akhirnya saya berpisah dengan saudara Hakim di exit Ayer Keroh.. Saya meneruskan perjalanan ke Kluang.. cuaca masa ni gerimis sikit.. lepas Pagoh baru la cuaca okay dah tak hujan.. Sampai di exit Ayer Hitam.. rehat jap..


 Alhamdulilah saya sampai di rumah lebih kurang jam 11.30 malam.. Bila serikandi cintaku nampak ole-ole baru hati ada senang.. Gitulah geng.. kita sebagai suami kena berikan saguhati untuk isteri dan anak-anak masa ride.. ada masa lapang kita jalan-jalan dengan mereka.. maka boleh la kita ride dengan senang hati... asalkan kita tahu seimbangkan masa dengan anak isteri dan hobi..


P/S: saudara Hakim mengalami masalah pada motornya.. rim depan bengkok disyaki terlanggar bongkah kayu semasa dia nak exit Ayer Keroh.. Takziah Hakim..nanti ada masa saya ke sana tanya khabar... motor saya plak kena 2 batang paku.. itu lah dugaan ride kali ini..







 

 


No comments:

Post a Comment