Wednesday 6 March 2019

Suzuki FX125 Airbrush Tema Motogp Suzuki

Dah lama tak menulis dalam blog ni.. hampir 2 tahun rasanya.. entah kenapa tiba-tiba hari ini dapat semangat untuk menulis entry terbaharu tahun 2019 ini.. padahal dah tak musim pun blog-blog ni.. netizen layan youtube vlogger je... hahaha..

Salah satu punca aku tak menulis kerana ada beberapa masalah melanda motor Suzuki FXR150 saya sehingga mengalami masalah crankcase enjin pecah pada bahagian balancer.. natijahnya.. hampir 8 bulan motor tu tersadai di bengkel.. puncanya motor itu diberi ehsan untuk dipinjamkan kepada seorang rakan untuk digunakan sebagai kenderaan ke tempat kerja.. herrmmm.. cukup la tu..tak baik cerita lebih-lebih nanti mengaibkan kawan plak.. okay..kembali kepada entry semula.. dahulu tak hensem je aku tengok Suzuki FX125 aku.. warna asal coverset hijau tua itu sangat tidak menarik dalam pandangan aku (stiker coverset pun tak ada )..apatah lagi awek-awek permotoran..ceewaahh.. kalau orang rumah baca habis la kena bebel...belanja sikit gambar fx125 reput ni..

haa..korang tengok la sendiri.. tak menarik kan.. jadddii.. bagi menjadikan Suzuki FX125 ini kembali segar bugar dan berjiwa remaja ( mana taknya.. usia motor ni dah dekat 21 tahun.. tahun dibuat 1997 wooo.. ).. maka aku telah memasang rancangan untuk menempah semburan angin atau airbrush tema motogp Suzuki pada Suzuki FX125 reput ni.. airbrush tema motogp suzuki diinspirasikan daripada laman maya yang banyak telah dibuat oleh pengguna Suzuki FX125 dari Kuala Lumpur dan Vietnam.. hensem-hensem wooo... nak layan gambar sikit




















naah..smart dan cun kan design ni.. maaf la tak kenal owner asal design ni..kredit kepada owner asal design ini..Jadi tanpa membuang masa..saya mendapatkan bantuan seorang rakan untuk membuat air brush terhadap coverset spare yang telah dibeli sebelum ini.. masa tu tengah berduit katanya.. coverset Suzuki FX125 complete part warna dan hitam serta kepuk atau legshield putih siap led.. RM490.. fuuhhh sebelah tangan jugak harganya..


Setelah berjumpa dengan pomen yang mahir dalam airbrush..saya terus hantar ke bengkel beliau di yong peng.. sapa-sapa nak buat design air brush boleh roger2 beliau
 

Setelah menunggu si kecil 125cc dohc hampir 1 minggu.. akhirnya... rancangan restore Suzuki FX125 air brush tema motogp suzuki berjayaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!









Kemudian saya murnikan sekali lagi design motogp suzuki ni dengan menambah stiker GSXR125 pada legshield ( ceehh..mentang-mentang dah hensem..terus gsxr..hahahahaha ) dan stiker hijau florosent ( entah macam mana eja yang betul ) pada bahagian legsheild..




Fuuuhhh barulah bersemangat waja dan tersenyum bangga untuk menunggang Suzuki FX125 ini yang kelihatan seperti motor baharu seangkatan motor kapcai kegilaan netizen... sejak pakai coverset ni..time berhenti kat trafic light je mesti penunggang motor lain jeling-jeling kat motor den ni...time tukar minyak 4t siap ada owner bengkel offer nak beli 2.5k.. kos beli dan modify motor reput ni je dah hampir 6k...hahahaha..sorry boss.. not for sale motor reput suzuki ni...dan yang terakhir saya ada buat photoshoot seorang model bersama Suzuki FX125 ini.. hehehehe

 baiklah itu sahaja isi entry kali ini.. next mungkin akan update entry ride bersama Suzuki FX125 ini dan jugak review Suzuki big bike yang telah saya miliki pada April tahun lepas..













No comments:

Post a Comment