Monday 23 May 2016

Suzuki Fx125 :Convert Single Phase To Three Phase

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pencinta dua roda.. dah lama saya tidak menulis entry baru untuk blog ni.. hehehehe.. sekarang waktu exam fever di sekolah.. jadi tiada masa untuk mengemaskini blog ni..

Baik. hari ini saya ingin kongsikan proses kacuk wayering dan charging standart Suzuki Fx125 daripada Single Phase kepada Three Phase. Wayering 3 phase diambil daripada Suzuki Fxr150 untuk dipasang pada Suzuki Fx125.. Suzuki Fxr 150 dengan Suzuki Fx125 ni mempunyai persamaan yang banyak terutamanya dari aspek enjin.. Kiranya Suzuki Fxr 150 dengan Suzuki Fx125 ni dah macam adik beradik la.. hehehe "Twin DOHC Bikes From Suzuki "

Secara umumnya sistem wayering 3 phase ini memberikan charging bateri yang lebih cepat dan pengaliran arus elektrik yang lebih baik daripada 1 phase.. Contohnya mentol hadapan Suzuki Fxr150 tidak berkelip-kelip seperti mentol kebanyakan motor yang lain semasa enjin idling kerana elektrik yang memberikan suapan power kepada mentol adalah secara terus dari bateri, bukannya dari koil magnet seperti motor lain.. Kelebihan kedua wayering 3 phase ini menyokong sistem pengaliran elektrik yang lebih baik sekiranya sesuatu motosikal itu mempunyai pelbagai aksesori seperti mentol led dan air horn ( hon siput ) yang amat memerlukan tenaga elektrik yang kuat.  Itu je kot kelebihan wayering 3 phase yang saya tahu.. hehehe yang lain korang boleh google sendiri yea..

Haa..yang ni gambar meter Suzuki Fxr 150 yang siap dipasang pada Suzuki Fx125.. gambar ni yang menjadi azimat untuk saya kacuk wayering 3 phase dan meter Suzuki Fxr 150 kepada Suzuki Fx125.

( Kredit picture untuk Abam Indra Shahril dari facebook beliau )

Proses pertama ialah saya mesti menyediakan beberapa parts daripada Suzuki Fxr 150 untuk dipasang pada Suzuki Fx 125 iaitu :
1. 1 Set Wayering Harness Suzuki Fxr 150
2. Koil Magnet Suzuki Fxr 150
3. Magnet Suzuki Fxr 150
4. Katap @ Reticfier Suzuki Fxr 150
5.Sensor Speedo Meter Suzuki Fxr 150
6. Meter Full Digital Suzuki Fxr 150
7.Sensor Gear Suzuki Fxr 150
8. Rim Suzuki Fxr 150

Rasanya ada lagi 2,3 part fxr mcm relay lampu.. ntah yang tu pomen yang tambah.. saya sediakan senarai di atas je.. harga bagi part di atas pun dah menjangkau RM1500... wwwwoooowwww.. itu pun dh kira jimat sebab bercampur part yang baharu dan part second hand.. kikiki minat mengatasi segalanya. Bosan aahh tulis banyak-banyak ni.. payung gambar sikit


 Suzuki Fx125 sudah ditogelkan.. segala part Suzuki Fxr 150 dah ada dalam kotak tu..ready to 3 phase

Sebelah kiri koil magnet Suzuki Fx125 sebelah kanan koil magnet Suzuki Fxr 150.. Baru dan original tu.. rm290.. fuhhh barang ori sememangnya penting untuk part enjin bagi memastikan anda tidak termenung di tepi jalan raya.. kikiki



 Ni meter dh try pasang.. ok semua function..rpm, speedo, fuel gauge,tripmeter dan gear position.. Oooopppsss speedo tak function sebab sensor speedo Suzuki Fxr 150 tak boleh modi pada rim enkei Suzuki Fx125.. ( Jika boleh modi pun memerlukan diy yang banyak ) dah tanya otai-otai.. baru tahu sensor speedo meter Suzuki Fxr 150 hanya boleh masuk pada rim Yamaha 135lc dan Yamaha 125z.. ni buktinya

Sensor Speedo Meter Suzuki Fxr 150 dipasang pada rim Yamaha lc135 ( Motor Suzuki Fx 125 )

Haaa ni buktinya paling jelas sensor speedo meter Suzuki Fxr 150 boleh dipasang pada rim Yamaha Lc135..
( Kredit gambar kepada otai@abam Pali Green Fx )

Kesudahannya, saya terpaksa mencari rim baharu.. Target rim baharu itu ialah Rim Racing Boy SP522 Yamaha 125z.. Saiz rim depan 1.85/17, saiz rim belakang pula 2.50/17..memang sedap layan koner sebab tayar belakang boleh pasang yang besar dan lebar sikit.. fuhhhhh motor dh upgrade wayering sistem alang-alang upgrade sistem brek disc depan belakang.. kikikiki..
Nantikan entry Modify Rim Racing Boy SP522 Pada Suzuki Fx125.. chow dulu..