Saturday, 27 February 2016

Upgrade Suzuki Fx125 to 150cc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pencinta dua roda..Baik hari ini saya ingin kongsikan modifikasi atau upgrade Suzuki Fx125 saya kepada 150cc. Ramai pengguna kapcai sangat tidak berpuas hati dengan power mesin kapcai mereka kerana sukar untuk memotong kenderaan berat dan memecut dalam keadaan mesin standard. Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh penunggang kapcai kerana mereka sentiasa di ambang kematian jika tidak berani dan bijak membuat keputusan semasa menunggang.

Oleh sebab itu, modifikasi atau upgrade cc amat dibutuhkan oleh penunggang kapcai.. kehkehkeh.. kita guna bahasa indon sikit yea..Tujuan modifikasi ini tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan daya pecutan dan power motor kapcai.. Hal ini sedikit sebanyak dapat memudahkan penunggang kapcai memotong kenderaan berat dan memecut dengan lebih selamat.

Baik, fokus entry hari ini ialah untuk berkongsi modifikasi atau upgrade cc Suzuki Fx125 saya dari 125cc ke 150cc. Modal yang agak besar amat diperlukan untuk modifikasi ini kerana terdapat 3 barang yang diperlukan iaitu :
1.Crankshaft Suzuki Fxr150
2.Camshaft Suzuki Fxr150
3.Blok saiz 62mm Suzuki Fxr150 ( 62mm je la.. tak mau dah fully modifikasi nih..tinggi risikonya )
nah..payung gambar sikit..


Tujuan saya menggunakan crankshaft Suzuki Fxr150 kerana pin piston Suzuki Fxr150 mempunyai saiz 16 berbanding saiz pin piston Suzuki Fx125 hanya mempunyai saiz 15 sahaja.. Jadi Suzuki Fx125 saya ini kelak boleh diupgrade kepada 160cc sehingga 180cc sekiranya nafsu kelajuan membuak-buak namun rasanya cukup la 150cc.. Sebab tujuan utama kegunaan Fx125cc ni ooppss.. dah jadi Fx150cc okay.. jangan main-main.. hehehehe.. tujuan utama kegunaan Fx150cc ni untuk pergi balik kerja dan kegunaan ride dalam bandar sahaja..

Mungkin ada pembaca tertanya dah alang-alang upgrade kenapa tak kacuk gearbox Suzuki Fxr150 ? Ye dak.. dah kacuk barang Fxr150 kan.. Alasannya saya mahu kapcai Fx150 ni sentiasa mempunyai banjaran gear yang tinggi kerana menggunakan gearbox 5 speed sahaja.

Kerja-kerja overhaul Suzuki Fx150 ini diuruskan oleh seorang pomen otai yang dirahsiakan identitinya kerana beliau seorang yang low profile.. hehehe..kalau berminat utk mendapatkan khidmatnya boleh contact saya.. Pada masa yang sama, saya turut mendapat tunjuk ajar daripada beliau cara-cara buka enjin dohc suzuki ni.. Alhamdulilah.. sebelum ni nak buka cover head pun tak berani takut salah pasang.. kehkehkeh.. sekarang nak buka head block dohc Fx150 ni dah boleh cuma masih memerlukan guide dari pomen..
Aaahh cerita je lebih..bosan pulak.. naaahhhhh laaaayyyyaaannn..
 Hehehe..setakat buka skru head ni peanut je...(padahal marking cam tak pandai buat lagi nak berlagak pulak.. )
 yang ni nak buka skru spoket depan guna mobile compressor.. sambung kat bateri kereta.. yela overhaul motor ni kat rumah pomen je.. jadi tools comprosser xada la..
 Orait bebeh.. dah turun enjin.. masa ni nak buka skru kat crankshaft tak boleh.. mobile compressor tak cukup power.. terpaksa serahkan pada pomen bawa pi bengkel...
 Gambar ni pomen dah siap pasang blok..
 Ni pomen siap tolong polish head kasi cun.. aduii segan dengan pomen sebab masa pasang enjin tak dapat tolong..( Head standard pekak je tu )

Siap je pomen pasangkan.. aku try bawa Fx150 ni.. fuuhhh memang mantoooppp.. kuasa tork amat terasa masa gear 1,2,3.. top belum try lagi la sebab kena pantang bawa bawah 90kmj dgn tak lebih 7000 rpm.. (Sabar2.. jangan gelojoh )...
Masalahnya jarum speedo dah tak berfungsi dengan meter rpm tak ada.. jadi main agak-agak je jangan over rev udah la..
Selepas ni modfikasi single phase wayering kepada 3 phase wayering dan meter digital Suzuki Fxr150 pada Suzuki Fx150 ni.. nantikan..


Sunday, 21 February 2016

Saat Gembira bersama Suzuki Fx125

















Hai.. Hari ini saya ingin kongsikan saat teruja saya bersama kapcai yang
baru saya beli tempohari.. Suzuki Fx125 "The Suzuki Fx125 Cyber Sport"
Motosikal ini merupakan satu-satunya kapcai 125cc di Malaysia, bahkan di dunia bernadikan enjin DOHC ( Double Overhead Camshaft ) satu konfigurasi berprestasi tinggi yang kebiasaannya dipasang pada enjin motosikal berkuasa tinggi. Tapi, enjin Dohc ini sudah dipasang pada kapcai.

Kebaikan menggunakan Suzuki Fx125 ini berbanding Suzuki Fxr150 saya sebelum ini ialah motosikal kapcai ini lebih mudah dikendalikan dan amat bersesuaian  untuk digunakan di jalan bandar dan sekitar taman perumahan..

Sejarahnya bermula dari urusan pembelian motor Suzuki Fx125 ini dengan abam TMJ Idris di bandar Seri Permaisuri di Cheras.. Segala dugaan dalam perjalanan seperti bertolak dari Kluang jam 3 pagi dan tidak biasa dengan jalan sekitar key el tidak mematahkan semangat saya untuk memiliki Suzuki Fx125 ini..

Baik.. tak payah banyak cerita, ni la bukti akad ijab dan kabul antara pembeli dengan penjual..
Selesai je urusan jual beli pada jam 10.30 pagi, 15 Januari 2016.. maka Suzuki Fx125 ini bersedia untuk ditunggang ke Kluang, Johor. Hahaha..masa nak balik sesat la jugak nk cari highway Sungai Besi.. Berhenti jap buka Waze baru jumpa.. kehkehkeh.. tu la.. tak pernah turun area central TTS dengan geng suzuki..

Bertolak jam 11.30 pagi.. sampai ke Kluang lebih kurang jam 5.00 petang.. Masa 5 jam diambil kerana cruise speed cuma 90kmj ke 120kmj sahaja.. takut nak full throttle lama2.. kalau rosak termenung la nak minta tolong orang lain kt highway..

 Handling memang best.. bawa speed 120kmj memang x goyang..chasis yang agak mantap.. top speed dapat 160kmj.. tapi ada ralat rasanya.. test dgn gps dapat 115kmj je sebenarnya..kehkehkeh.Okay, payung gambar sikit..
Masa ni dah sedia untuk dibawa balik.. brek dah check, minyak hitam dah tambah, mentol dengan signal semua ok.. allright.. ride to southern!!!

 Masa ni isi minyak di Stesen Shell Sungai Besi.. Perasan tak ada 2 botol minyak spare.. kehkehkeh.. tak pandai bajet minyak lagi sebab selalu refill Suzuki Fxr150 rm12.. terus full throttle... tak payah jeling2 meter minyak..

 Ni masa kat bawah jambatan selepas RnR Pagoh.. Hujan lebat selebat lebatnya.. Nama pun rider.. ni la asam garamnya kalau ride..hehehe
Kesimpulannya ride Suzuki Fx125 ni kos minyak petrol lebih kurang rm24 dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Ayer Hitam..jarak perjalanan 340km..
Entry seterusnya aku akan kongsikan modifikasi blower lc dan mentol led pada Suzuki Fx125..nantikan
Sekian..

Suzuki FXR150 Upgrade To 187cc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. hai semua peminat motorsikal suzuki dohc.. dah lama saya tidak mengemaskini entry untuk blog ni.. masakan tidak.. berulang-ulang kali saya membaiki suzuki fxr@dugong kesayangan ni. jadi hari ini saya ingin berkongsi suka duka dan penat lelah sepanjang saya membaiki dugong tua ini..

Baiklah.. mula-mula saya akan ceritakan terlebih dahulu naik taraf cc fxr ini di bengkel..Fokus naik taraf pada masa itu hanyalah ingin memasang piston jaguh bersaiz 65mm dan high cam lhk racing.. tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menaikkan power suzuki fxr yang lemau-lemau dan kadang-kadang power ni.. hehehehe.. tetapi bila pomen bengkel motor mengsyorkan jack up crankshaft bagi menyesuaikan penggunaan piston jaguh yang lebih pendek daripada piston standard.. maka nafsu kejahatan dan kelajuan mula timbul.. nah hasilnya... crankshaft fxr kuning hitam milik aku dijek rod supaya dapat mengurangkan kerja modifikasi.

Baik.. cerita je bosan jugak jika tiada gambar..

Baik.. gambar sebelah ni baru nak pasang piston jaguh..
kiranya head blok dah keluarkan dari motor..
Guna blok spare.. manakala blok dengan piston standard masih
disimpan untuk kegunaan masa hadapan.. hehehehe..







Baik.. dah buka enjin semua.. akhirnya suzuki Fxr 150 aku berjaya disiapkan.. namun.. terdapat beberapa masalah yang menimpa..antaranya :
1. Piston jaguh pecah pulak.. punca rasanya terlalu kuat compression..pecah bahagian tepi...ni haa gambarnya..

2.dah tukar piston jaguh lain..beli piston jaguh ori modenas..ori punya tau.. bukan cap ayam...tapi jem lagi si dugong ni.sedih woo..

3.Punca jem ? Minyak 4t keluar dari lubang breather enjin.. dah penuh airbox dgn minyak hitam.. tukar ke piston belang pula saiz 66m brand shark..Masa ni tak terfikir nak modi jaring pada crankcase untuk elakkan minyak 4t keluar dari air breather enjin...

4.Baru la siap sepenuhnya suzuki Fxr 150 ni.. itu pun kata pomen macam ada keluar asap pada ekzos sikit.. mungkin piston ring tak berapa cun.. aduii.. tak kisah la.. janji siap jugak akhirnya.. tempoh masa menunggu 6 bulan.. fuhhhh...

okay.. nantikan sambungan modifikasi aksesori pada Suzuki Fxr150 ni..